Sunday 17 January 2016

12 MEI 2008: STOCKING

12 Mei 2008- Detik bersejarah buat aku. Buat julung-julung kalinya berjauhan dengan keluarga. Aku menerima tawaran ke matrikulasi yang jauhnya nun di utara. Dan detik ini juga merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke negeri utara.

...........................................................................................................................................................

Tempat: Masjid Hijau Matrikulasi

Masa: Petang setelah habis kelas



Seusai solat Asar di Masjid Hijau Matrikulasi, aku bersandar di dinding untuk melepaskan lelah. Tiba-tiba aku disapa dengan lembut oleh seseorang yang bertudung labuh biru laut.
"Assalammualaikum dik. Akak ada buat sesi taman syurga sekarang ni. Kat hujung sana," sambil tangannya menujuk ke suatu sudut di penjuru masjid. Di situ terdapat beberapa orang lagi yang sedang duduk di dalam bulatan dan memakai kain sembahyang.

" Kalau  free sekarang, boleh join taman syurga akak. Jom." Dengan senyum manis.

"Taman syurga," desis hatiku sambil tersenyum.

" Saya free. Jom." Dengan membalas senyuman.

Masa: Dalam rancak sesi tazkirah

 Seusai sesi taaruf dan tilawah Quran, taman syurga kami bermula.

" Taman syurga hari ini akak ingin kongsikan pasal aurat. Siapa tahu aurat wanita bermula dari mana hingga ke mana?" tanya Kak Khadijah dengan memandang kami.

"Saya tahu akak." kata Aini sambil mengangkat tangannya.

" Mengikut Mazhab Syafie, aurat wanita adalah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan,"sambung Aini lagi.

"Tepat Aini. Jadi semua maklum aurat wanita adalah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Sekarang setiap orang ambil satu helaian kertas ini dan beri komen tentang pemakaian karikatur dalam kertas tersebut. Mungkin Ikin boleh mula dulu." kata Kak Khadijah sambil meleretkan matanya yang bundar ke arah Ikin.

"Karikatur yang saya dapat memakai tudung tapi sayangnya baju yang dipakai ketat. Ibaratnya seperti yang dikatakan dalam satu hadis, wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang." terang Ikin dengan penuh semangat.

" Karikatur yang saya dapat pula pakaiannya lega dan baik tetapi tudungnya bersanggul bagaikan bonggol unta." terang Fateha.

"Karikatur saya pula serba sempurna. Tudungnya tidak berbonggol unta dan menutup dada, manakala pakaiannya sempurna mengikut syariat." terang aku.

"Jadi kita boleh buat konklusi karikatur yang dipegang oleh Mona paling menepati syariat. Cuma karikatur itu tertinggal satu benda yang menyebabkan auratnya masih terbuka. Siapa boleh teka benda apa?" sambung Kak Khadijah.

Semua senyap dan memandang Kak Khadijah dengan pandangan penuh tanda tanya.

" Gayanya semua tidak tahu." Kata Kak Khadijah dengan sedikit tersenyum.

"Jawapannya kaki. Seperti yang kita tahu aurat wanita adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Jadi, kaki adalah satu anggota yang wajib ditutup. Untuk itu kita diwajibkan memakai sarung kaki untuk menutup kaki kita. Sewajibnya sarung kaki yang tebal yang tidak menampakkan warna kulit kaki ( jarang). " sambung Kak Khadijah.

Aku dan ahli-ahli taman syurga sedikit terkejut dengan penjelasan Kak Khadijah. Kewajiban memakai Stoking atau sarung kaki merupakan pengajaran baru bagi kami. Rata-rata kami daripada sekolah menengah harian tidak tahu wajibnya menutup kaki meskipun kami belajar perihal aurat dalam matapelajaran Agama Islam di sekolah menengah dahulu.

Persoalan yang bermain di benakku; apakah kami sangat bermain- main di sekolah sampai kami terlepas pandang kewajiban menutup kaki? atau apakah guru-guru kami terlupa untuk menyampaikan perihal wajibnya menutup kaki? atau apakah sistem pelajaran Malaysia terlupa menekankan perihal wajibnya menutup kaki?

"Nampaknya semua sudah maklum perihal aurat dan wajibnya menutup kaki serta berpakain mengikut syarak dan sempurna. Jadi, akak doakan kita diberi kekuatan untuk berpakaian dengan mengikut syariat dan sempurna. " kata kak khadijah.

TAMAT




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 achikmelur
| Distributed By Gooyaabi Templates