Tuesday 31 May 2016

FARI

Intro:"What you give, you get back"




Rasa geram dan tertekan menguasai jiwa. Kemarahan membuak-buak menyelinap ke seluruh urat saraf.
“Mana pen aku Kak Muni!!!” Tengking aku.
“Tak tahu. Pen letak mana.”  Jawapan sama diberikan setiap kali aku menengking di mana pen aku. Habis semua barang aku sepahkan. Kak Muni hanya memandang dengan mata yang kurang berpuas hati. Manakan tidak, barang-barang yang disepahkan oleh aku, baru sahaja dikemas oleh Kak Muni sebentar tadi.
“Apa pandang-pandang. Carilah!” Tengking aku.
Beberapa minit selepas itu, ayah dan ibu ku pulang ke rumah. Mereka terkejut melihat keadaan rumah yang bersepah. Ayah memandang aku untuk satu penjelasan.
“Kak Muni buat hilangkan pen kawan Fari.” Kata aku.
“Mana Fari tahu Kak Muni buat hilang. Takut Fari letak kokse.Dah tak jumpa. Beli baru.” Kata ayah aku.
“Tak nak beli baru. Nak pen tu juga. Cari KaK Muni!”
“Degilnya. Dah tak jumpa dah lah! Kak Muni tu istimewa. Dia mana kenal pen kawan awak pun.” Kata ayah aku dengan nada agak tinggi.
“Ni susah ni ada kakak cacat otak macam ni. Aku benci Kak Muni!”Tengking aku.
Lantas, aku halakan sebiji penumbuk ke arah cermin tilik milik Kak Muni. Cermin tersebut pecah berderai.
“Cermin aku..” Kata Kak Muni sambil menangis. 
“Fari, awak pecahkan cermin Kak Muni! Buatlah macam tu. Nanti Allah tarik tangan awak. Baru awak tahu.” Kata ayah.
 Aku ambil kunci motor dan keluar.
 Pen Biru GSOFT milik kawan ku, yang aku pinjam hilang. Aku yakin Kak Muni yang hilangkan semasa dia mengemas meja belajar ku. Kak Muni, satu-satunya kakak yang dilahirkan istimewa dalam keluargaku. Kak Muni punyai fizikal yang normal. Tetapi dilahirkan dengan akal yang cacat. Disebabkan itu, dia tidak dapat bertutur dengan baik dan lambat. Namun begitu, dia banyak menolong ayah dan ibuku dari segi mengemas rumah, lipat baju dan sapu sampah. Kak Muni kemas rumah dengan sangat rapi. Tetapi, kelemahanya, dia sering termisplace. Bila ditanya balik, Kak Muni tak tahu di mana barang itu dia letak sewaktu mengemas.
--------------------------------------------------------------------------------------------
“Ya, Allah. Kejamnya aku. Aku kena minta maaf balik ni.” desis hati. Aku akui aku jenis yang cepat naik angin bila barang aku hilang. Tapi aku tak tahu kenapa hari ini aku over sangat. Hanya kerana sebatang pen, aku pecahkan cermin kakakku. Balik nanti aku kena minta maaf  dengan ayah, ibu dan Kak Muni.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi Jumaat yang indah. Seminggu selepas kejadian di atas berlaku. Detik keramat buat aku dan keluarga. Aku ditimpa kecelakaan jalan raya. Aku dilanggar sebuah bas sekolah. Aku koma selama hampir 3 bulan lebih. Dan bila aku sedar, seluruh tubuh gagal berfungsi disebabkan kecedaraan otak sebelah kiri yang serius. Lama juga masa yang aku ambil untuk semangat aku pulih dan kembali waras. Sekarang, alhamdulillah, meskipun aku masih belum dapat bergerak dengan sempurna, keadaan aku makin baik.
Terserah untuk semua pembaca menilai cerita ini rekaan atau benar berlaku. Cuma kat sini aku nak bagitau, setiap kali aku tengok tangan aku,  aku akan teringat kata ayah :Fari, awak pecahkan cermin Kak Muni! Buatlah macam tu. Nanti Allah tarik tangan awak. Baru awak tahu.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 achikmelur
| Distributed By Gooyaabi Templates