Friday 21 October 2016

MASKER ALAMI WAJAH TAMPIL ANGGUN

Dengan Nama Allah yang Maha Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam Jumaat semua pembaca blog Achik.

Hari ini nak kongsi cara-cara membuat masker sendiri. Jadi, lepas ni tak perlu berhabis belas-belas ringgit untuk beli masker di Guardian atau Watson ye.

Masker ini hanya memnggunakan tiga bahan mudah yang boleh dapat di dapur:

1) Telur kuning. Untuk masker ini kita hanya perlukan sebiji.


Fungsi telur kuning ini adalah untuk menegangkan kulit dan mengurangkan minyak pada wajah.

2) Satu sudu minyak zaitun
Fungsi minyak zaitun adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit.

3) satu sudu kecil jus lemon. jus lemon ini boleh jug diganti dengan sebiji tablet VITAMIN  shaklee kerana kedua-dunya berfungsi untuk mengecilkan liang pori dan mencerahkan kulit wajah.



Gaulkan ketiga-tiga bahan diatas. Kemudian, ratakan masker tersebut ke kulit wajah. Inilah hasilnya.



 Tunggu dalam 15 minit ke 20 minit dan bilas. Anda akan rasai perbezaan.

 Tips untuk semua:

1) Sewaktu memakai masker ini, elakkan berjemur ditempat yang panas dan bematahari kerana ia akan menghilangkan khasiat masker tersebut.

2) Amalkan memakai masker 2 kali seminggu. Anda akan rasai kulit anda tampil sihat dan cerah.

Ok...sampai sini dulu. Achik nak pegi buat sekarag :-) SELAMAT MENCUBA

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 achikmelur
| Distributed By Gooyaabi Templates